"Suatu ketika dahulu kamulah pengubat duka
NAMUN
Ianya berubah mengikut peredaran masa"
Kita perlu akur akan lumrah kehidupan
Segala kesenangan atau kegembiraan milik kita hanya bersifat sementara
Perlu diingatkan juga bahawa ianya bukan milik kekal kita semua
Kadang-kala, kita akan diuji dengan pelbagai cabaran atau dugaan kehidupan
Kita harus tabah, berusaha, dan bijak dalam menanganinya
Saya akui mudah untuk kita bicara mengenainya
Namun, apabila ianya terjadi kepada diri kita sendiri
Kita akan mudah hilang pertimbangan
Terlalu mudah juga untuk mengikut kata hati, dan sebagainya.
Dimana kita berpijak disitu mempunyai kehidupan
Jika perjalanan kehidupan semalam adalah sukar
Tidak bermaksud anda akan mengharungi perjalanan sukar selama-lamanya