Pernahkah anda amat berharap untuk MEMILIKI sesuatu?
Apabila kita mahukan sesuatu, kita akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ataupun memilikinya. Anda sanggup memberontak deminya. Namun, pernahkah anda menyoal diri anda terlebih dahulu?
Apakah kepentingannya?
Mengapa anda ingin memilikinya?
Apakah ia membawa perubahan kepada kehidupan anda?
Adakah perasaan kita terhadap sesuatu itu sentiasa sama tanpa mengira apa jua situasi?
Sebagai contoh, kamu amat berharap untuk memiliki kasut yang telah kamu lihat di sebuah pasaraya dan kamu merasakan bahawa ia amat sesuai bagi kamu. Boleh dikatakan bahawa kamu telah jatuh cinta terhadap kasut itu pada pandangan pertama. Sudah semestinya kita akan berasa sangat gembira apabila kita berjaya memiliki sesuatu yang kita inginkan. Namun, adakah perasaan itu akan kekal untuk selamanya? Selalunya, luaran kasut itu terlebih dahulu memikat hati anda. Namun, setelah memakainya dalam jangka masa tertentu, anda telah mendapati bahawa ianya tidaklah seperti yang anda sangkakan. Lama-kelamaan, anda tetap akan mengetahui keburukan atau rahsia disebalik luarannya. Di sini, saya ingin menyoalkan semula mengenai isu yang telah saya bincangkan tadi. Setelah anda mengetahui keburukan sesuatu benda itu,
Adakah perasaan anda terhadap sesuatu benda itu masih sama seperti perasaan sebelumnya?
Adakah kita akan tetap menyayangi atau mencintainya?
Adakah anda boleh menerima kekurangannya itu?
Adakah anda masih mahu untuk memilikinya?
Adakah anda tetap akan menjaganya?
Fikir-fikirkanlah...
Persoalan penting :
Adakah perasaan kita sama seperti perasaan sebelum kita memilikinya tanpa mengira waktu sama ada semasa suka atau duka?
*Kadang-kala kita terlalu mengikut kata hati tanpa berfikir panjang di mana kita dipengaruhi kuat oleh perasaan kita sendiri. Kesimpulannya, wujudkan persoalan dalam diri kita*
Semua orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai CINTA. Pada pandangan saya pula, CINTA sangat sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Tiada kata yang boleh mendefinisikan pengertian CINTA yang sebenarnya. CINTA boleh membuatkan kita bahagia, merana, teruja, dan sebagainya. Ini adalah alasan yang tepat mengapa saya mengatakan bahawa CINTA adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Ia sangat rumit.
Sesetengah orang hanya tahu maksud CINTA apabila mereka sedang asyik berCINTA. Tetapi apabila ditanya soalan yang sama ketika mereka putus CINTA, lain pula jawapan yang kita perolehi. Ternyata CINTA itu berkait rapat dengan soal perasaan.
CINTA memerlukan komitmen daripada kedua-dua pihak. Kadang-kala setelah berpasangan selama beberapa waktu, barulah kita menyedari apakah definisi CINTA yang sebenarnya. CINTA wujud tanpa kita sedari. Namun, anda tetap akan menyedarinya suatu masa nanti apabila anda merasakan bahawa:
* Anda tidak sanggup untuk kehilangannya,
* Anda menangis kerananya,
* Anda sangat menyayanginya,
* Anda sangat merinduinya,
* Anda asyik mengingati detik-detik bersamanya,
* Anda risau akan keadaan dirinya,
dan sebagainya (banyak lagi yang tidak dinyatakan di sini).
Kadang-kala, CINTA tidak semestinya memiliki. Jika kita betul-betul CINTA dan sayang kepada seseorang itu, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka selalu. Namun, bukan bermakna kita perlu korbankan diri kita untuk orang yang kita CINTA. Jangan pula salah faham dengan kenyataan tersebut. Di sini, saya maksudkan CINTA yang ikhlas dan luhur dari hati. CINTA tersebut akan sentiasa kekal di tempat yang telah dikhaskan.
Bagaimana pula jika kita jatuh CINTA untuk kali yang kedua? Bagaimana dengan CINTA yang sebelum itu? Adakah kedudukan CINTA sebelum itu akan digantikan dengan CINTA baru? Jawapannya TIDAK. Kedudukan CINTA itu tidak mungkin akan berubah walaupun ia ditelan dek waktu. Mungkin kita boleh menipu diri sendiri dengan mengatakan YA namun apa pula kata hati? Tidak mungin kita boleh melupakan CINTA lalu. Itulah yang dinamakan CINTA. Ia sangat sukar untuk ditafsirkan.
* P/S: Cintalah diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum cinta kepada orang lain.
After I almost managed to control my emotions, all of a sudden it comes back to haunt me.
When I woke up from sleep this morning, I find that I'm crying.
My eyes are swollen.
Yes, I know that it just a dream but what is the meaning?
Please let me know.
Yeah!!! That dream managed to disrupt my thought since this morning.