Tuesday, October 4, 2011

The truth


The truth is there is nothing to hide anymore.
We should dare to take risks.

Yes, we should accept the fact that the past is over and gone.
Go on with your life because the future is not guaranteed for us.
I am sure most of us want to live in peace without having to worry about any other matter.
So, stop acting in this life as if it were your last.
It's hard for us when we should say lies and act like we don't know anything especially from the one we love the most.

* Sorry, I am not good in acting *


Monday, September 19, 2011

Menyepikan diri?



Salam 1Malaysia bloggers!!!!


First of all, sorry sebab lama tak update blog ni
(lagak macam ramai peminat. Hahaha)
Raya dah lama berlalu tapi entry yang last still bout raya
(semangat tu....)
Entry kali ni just nak bertegur-sapa ngan korang.
Kang dikatakan menyepikan diri lak
(kiranya ni bukti la. Hehehe)

Sya ada something nak share ngan korang.
Hari tu sya lepak ngan member and terkeluar la topic ni.
'Berkawan biarlah beribu, berkasih biarlah satu"

Salah seorang member tiba-tiba menyampuk (tanda tak puas hati la tu..)
Dia kata..."dunia sekarang dah berbeza. Statement camtu tak leh pakai dah".
Dengan yakin dia berkata-kata:
"BERKAWAN BIARLAH BERIBU,
BERKASIH BIARLAH BERIBU,
BERKAHWIN BIARLAH SATU"
Errrrr....kami semua terdiam
(dia ni tiba-tiba emosi lebih la pulak. huuuu)

So, apa pendapat korang?
Jom share... (^_^)

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri


Dalam perbualan mungkin ada terkasar bahasa
Dalam bergurau mungkin ada terlanjur senda
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung perasaan



Syawal kali ini akan menjadi lebih indah jika kita saling bermaafan.
Dengan peluang yang ada, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada blogwalkings sekalian.

Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terabai janji, dan apa-apa lagi yang "TER-".
Saya harap kamu semua sihat di samping keluarga tersayang dan moga persahabatan dan persaudaraan kita semua akan kekal hingga ke akhir ayat.
~Amin~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Mohon Maaf zahir dan Batin

Thursday, August 25, 2011

Ditunda.. Sekian


Click punya click...dapat benda alah ni..
Hurrmmmmm...





Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
pada 16 Julai 2011
ditangguhkan pengumumannya
pada 23 September 2011


Harap bersabar semua!!!

Monday, August 22, 2011

Agreed


"Not everything that is faced can be changed.
But nothing can be changed until it is faced."

~James Baldwin~

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan










Mata kadang salah melihat....

Mulut kadang salah berucap....

Hati kadang salah menduga.....

Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


===== Mohon Maaf Zahir dan Batin =====




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL

Tuesday, July 26, 2011

Senjata seorang perempuan???



Kebanyakan lelaki mengatakan bahawa senjata utama perempuan ialah air mata. Saya akui bahawa kelemahan seorang lelaki adalah melihat seorang perempuan yang dicintai atau disayanginya menangis atau mengalirkan air mata. Namun, setakat manakah ketepatan kenyataan tersebut? Adakah air mata merupakan senjata utama seorang perempuan? Adakah seorang perempuan mengambil kesempatan atas kelemahan tersebut?

Hati seorang perempuan boleh diibaratkan seperti kaca yang mudah retak dimana ia sangat sensitif, mudah tersentuh, mudah tersinggung, dan mudah terluka walaupun dari segi luaran mereka kelihatan sangat tabah dan kuat. Kadang-kala, perempuan juga tidak ingin mengalirkan air mata di hadapan semua orang. Namun, mereka tidak cukup kuat untuk menahannya daripada mengalir. Mereka menangis bukan untuk meminta simpati mahupun untuk mengambil kesempatan daripada anda yang bergelar lelaki. Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa air mata merupakan senjata perempuan untuk melemahkan seorang lelaki. Hakikatnya, menangis atau mengalirkan air mata merupakan satu respon atau tindak balas yang mereka sendiri tidak jangkakan.

Jika anda sedari, perempuan lebih mudah untuk melupakan apa yang telah mereka alami jika dibandingkan dengan lelaki. Hal ini kerana seorang perempuan akan melepaskan segala masalah atau tekanan yang dihadapi oleh mereka dengan menangis. Setelah menangis sepuas hati, mereka akan berasa lebih tenang dan kemudian mencari jalan penyelesaian tanpa dikawal oleh emosi. Tidak salah jika anda yang bergelar seorang lelaki turut mencuba kaedah ini kerana ia sangat berkesan walaupun ia menjatuhkan ego atau maruah seorang lelaki bagi sesetengah pihak. Bagi saya pula, ia merupakan satu terapi yang berkesan ke atas diri kita.


FYI: Entry ini adalah berdasarkan pandangan atau pendapat sahaja..tak semua orang berpendapat sedemikian. ~P.E.A.C.E~

30 Fakta Mengenai Lelaki


1.Seorang lelaki mampu mengurat dengan pelbagai taktik. Namun, mereka biasanya gagap ketika berhadapan dengan seorang perempuan yang mereka benar-benar cinta.

2.Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

3.Anda tidak akan pernah memahami hati seorang lelaki kecuali anda mendengar luahan hatinya.

4.Lelaki boleh berbual tentang apa-apa topik.

5.Lelaki juga boleh menangis.

6.Jika seorang lelaki mencintai anda sepenuh hatinya, dia sentiasa bersabar dengan kerenah anda. Namun, jangan pula ambil kesempatan.

7.Kadang-kala, lelaki juga ingin dimanja. Jadi, jangan berasa hairan jika mereka juga minta dipujuk.

8.Seorang lelaki sanggup merendahkan ego mereka demi perempuan yang mereka cintai.

9.Lelaki cenderung lebih serius dalam perhubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 

10.Ketika seorang lelaki mengatakan dia tergila-gilakan seorang gadis, dia benar-benar maksudkannya.

11.Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia akan berusaha memberikan yang terbaik.

12.Jika seorang lelaki terlalu senyap, mulakan perbualan. Mungkin dia ada masalah.

13.Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini.

14.Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan hubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

15.Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

16.Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan terima segala kekurangan atau kelemahan diri anda.

17.Seorang lelaki sanggup berubah demi seorang perempuan yang mereka cintai jika mereka diberi peluang.

18.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.

19.Apabila lelaki bercakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 

20.Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak tenang tetapi masih memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasinya.

21.Lelaki sangat sayangkan ibu mereka.

22.Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan kerana dia tidak boleh membaca fikiran anda.

23.Jika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

24.Seorang lelaki dapat mengetahui apakah seseorang perempuan itu suka padanya tetapi tidak pernah yakin kecuali perempuan itu katakan sendiri kepadanya.

25.Lelaki sanggup melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian daripada perempuan yang mereka cintai.

26.Lelaki suka perempuan yang seperti ibunya. 

27.Lelaki suka perempuan yang prihatin terhadap mereka.

28.Lelaki mencintaimu lebih dari kamu mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungannya.

29.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.

30.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga bersedih, cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya.


Friday, July 22, 2011

Perbezaan antara lelaki dan wanita

Setelah menghilangkan diri dari alam blogger sekian lama (xde la lama sangat..tak sampai sebulan..hihih), saya ingin menulis entry yang berlainan sikit (sikit je…xbanyak beza pun. Ahakz). Entry kali ini hanyalah berkongsi pendapat mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita. Harus diingatkan bahawa ianya hanyalah pendapat saya sahaja dan jika ada penambahan, anda digalakkan untuk turut memberi pandangan anda (komen je kat bawah tu k..).



Pertama sekali, kita akan bandingkan berdasarkan fizikal. Perbezaan dari segi fizikal sangat ketara kerana kita boleh membuat pemerhatian dari luaran. Kulit lelaki adalah lebih kasar manakala kulit perempuan lebih halus. Perempuan juga memiliki suara yang lebih halus berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. Selain itu, lelaki juga memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Hal ini adalah kerana tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya turut berbeza. Wanita diciptakan dengan struktur tubuh sedemikian rupa bagi memudahkan mereka untuk melahirkan anak. Untuk pengetahuan umum, sistem badan lelaki dan wanita adalah tidak sama. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
Dari segi psikologi pula, wanita secara umumnya lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan yang melibatkan perasaan. Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala wanita menggunakan pengamatan yang lebih luas. Sebagai contoh, pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang fokus kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang meluas dan menampakkan banyak benda. Seperti sedia maklum, wanita sering ingin mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehinggalah perkara besar. Sementara lelaki hanya fokus kepada matlamat utama. Hal ini adalah kerana wanita sering memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.
Oleh itu, jangan terlalu menyalahkan wanita jika mereka suka membesarkan sesuatu isu. Lelaki seharusnya peka akan sesuatu perkara itu walaupun ia hanyalah perkara kecil bagi mereka. Pada pandangan saya, jika seseorang wanita itu merajuk atau terguris perasaan, janganlah lengah-lengahkan masa untuk menenangkan mereka kembali kerana cara pemikiran mereka berbeza dengan lelaki. Tidak salah jika lelaki ingin berikan ruang agar mereka boleh menenangkan diri. Namun, harus diingatkan agar tidak membiarkan mereka terlalu lama. Kadang-kala, wanita terlalu mengikut perasaan dan sanggup membuat sesuatu di luar jangkaan kita.
Kita harus akui bahawa lelaki dan wanita adalah BERBEZA walaupun mengikut peredaran masa. Namun, perbezaan tersebut bukanlah satu faktor untuk kita saling bermusuhan, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih-sayang.

*PERINGATAN:  Entry ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Sekadar untuk pengetahuan umum sahaja. Peace!!!

Tuesday, July 19, 2011

I'm back!!!


Yes, Saya dah kembali semula ke alam blogger.
Seriously, sebelum ni mmg tak ada rasa nak menulis da.
Tapi..dah lama2 rasa cam boring lak..
Setelah menyepi jap...teringin lak nak menulis semula.
Heeee...will update soon k.
Intro je ni.. Hahahah

Tuesday, June 28, 2011

padan muka!!!


Seriouslly,
I am sorry... (tataw untuk yang keberapa kali da)
BUT
I mean it.

Tataw nape tiba2 tangan ni x reti dok diam hari ni.
Memang ada niat nak send tapi dh delete da..
Tataw camna...time nk click "close" tu...tiba2 "TERSEND" lak.
Sekarang nervous x tentu pasal. 
If TERBUKA juz ignore or delete je k.
Sorry sangat2.

(dok pening...actually xplu jelas'n pun kan? Uhukz)

Sunday, June 26, 2011

Kamu



Kamu...
kamulah insan yang memahami diriku
segala masalah ku luahkan padamu
kamu merelakan dirimu mendengarnya
kerana kamu seorang yang amat memahami


Kamu...
kamulah yang paling akrab denganku
penghibur hati di kala ku bersedih
aku amat menghargaimu sepenuh jiwa dan ragaku
sebagai sahabat aku pun harus memahami dirimu untuk selama-lamanya

Saturday, June 25, 2011

more & more


To my sweetheart!!!

I Love You
I Miss You
I Need You

Always Yours!!!

L.O.V.E





                   To love is Nothing...
               
                              To be loved is Something...
                        
                                            To love and be loved is Everything...



Wednesday, June 22, 2011

Khas untuk S&S



SMTS merupakan satu tempat yang begitu indah buat diriku dimana di situlah bermulanya detik-detik indah. Pelbagai kenangan manis dan pahit telah ku tempuhi. Namun, kenangan-kenangan manis  yang telah ku lalui tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Setiap kali mengimbau kembali kenangan lalu, ia akan buat aku tersenyum sendiri.

Wokeh...kita straight to the point je la k. Yang pergi melalut wat ape..intro formal gila kan? hahaha. Actually, sya tulis entry ni untuk memenuhi janji kat 2 orang kawan ni. Sya gabungkan sekali je la. If nak tulis dari permulaan perkenalan kita memang x cukup la tempat ni. Tamaw la citer everything kat sini...citer sikit2 sudah. If nak taw lebih boleh tanya terus kat sya je la ek. Sofrizul & Sabrina....jom kita mulakan...

Nak dijadikan citer, perkenalan kami ni bermula apabila kami mendaftar belajar di SMTS (f.4). For sure kami ada terserempak la kan...and tambah g ada orientasi time tu. Orientasi ni sangat lah mencabar kekuatan fizikal and mental kami time tu. huuuu.. Perkenalan yang singkat semasa orientasi merupakan permulaan kepada persahabatan antara kami. Persahabatan itu menjadi lebih akrab apabila kami masing-masing mengikuti persatuan pengakap. Saya akui jika bukan disebabkan persatuan pengakap, kami tidak akan akrab seperti sekarang ni. Thanks SCOUT!!!

Sya yakin korang berdua mesti still ingat apa yang kita dah lalui sepanjang mengikuti perkhemahan, hiking, and others kan? Setiap kali ada kelapangan, kami akan menghabiskan masa bersama-sama, bergelak ketawa, "membuli' orang lain, and banyak lagi la..

Actually, kami bertiga bukanlah rakan sekelas. Masing-masing amik pengajian yang berlainan. Sya (Pengajian Kejuruteraan Elektrik&Elektronik), Sofrizul (Pengajian Kejuruteraan Mekanikal), and Sabrina (Pengajian Kejuruteraan Awam). Lastly, masing2 keluar dari bidang masing2 and melanjutkan pelajaran di Universiti yang berlainan. Even kami lama da tak berjumpa, jika ada masa yang terluang, kami akan bertanya khabar, berkongsi cerita, and bla...bla..bla...(hanya kami yang tahu).

Sofrizul....
Thanks for everything. Even ada masalah antara kita, kita still boleh berkawan seperti sebelumnya. I love the way you are. Thanks coz memahami and always be there setiap kali diperlukan.

 *ni time kami ikut aktiviti scout*

 *Thanks coz owez dtg stiap kali hari raya*

*ni kat pucak gunung santubong*

Sabrina...
Thanks coz always memahami situasi kita. Even kita jarang berjumpa, kita still sentiasa berhubung antara 1 sama lain. Kita still boleh tahu perkembangan diri masing2. Sya berharap apa yang kita rancang sebelum ini akan berjalan dengan lancar. Perlukan sedikit kesabaran buat masa sekarang.

*Sebelum balik uum. Thanks dear..*

 *Keluar bersama*

*Camping time*




S & S..
THANK YOU SO MUCH BFF!!!



*K.A.M.I*
Location: puncak gunung Santubong




Tuesday, June 21, 2011

Sunday, June 19, 2011

Friday, June 17, 2011

Teman



Teman...
Kita dipertemukan tanpa dirancang
Sama-sama mengharungi perjalanan hidup
Sama-sama menghayati erti kehidupan
Sama-sama berkongsi kasih-sayang
Sama-sama menelan pahit manis

Teman...
Suatu hari nanti kita pasti akan berpisah jua
Pasti ada hati yang terguris akan perpisahan ini
Namun ianya pasti kita lalui keranaNya
Tiap pertemuan pastinya hadir perpisahan
Itulah lumrah kehidupan
Pasti kita harungi walaupun hati enggan merestui
Biarlah coretan-coretan ini yang menemukan kita
Buat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita


Thursday, June 16, 2011

Once...



Once....
You came into my life
Like a ray of sunshine
Life was full of happiness and excitement

Once....
As dear friends
We shared all our problems, happiness and sorrows
But that was once upon a time

Once....
A dear friend.
Now....
Still a dear friend???


Wednesday, June 15, 2011

For Somebody Special


When I am sad
You cheer me up
 
When I feel lost
You give me hope

When I am afraid
You calm me down

When I am lonely
You stay by my side

When I have problems
You help me to solve them
 
You are really brighten up my life
You are truly somebody special


Wednesday, June 8, 2011

Our Monthsary



A simple card
(home made card)



~ Sorry...I need to put blur on some parts ~
(^_^)




****************and****************




Cupcakes






I LOVE YOU SAYANG



Monday, June 6, 2011

06/06/2011





HAPPY 63rd MONTHSARY SAYANG!!! 



I LOVE YOU SO MUCH
Sayang, I’m yours and I’ll be yours forever



"Meeting you was fate,
becoming your friend was a choice,
but falling in LOVE with you was beyond my control"