Tiada seorang pun antara kita yang sempurna.
Setiap orang mempunyai kelemahan diri masing-masing.
Kadang-kala, kita tidak menyedari akan kesilapan diri.
Tegur-menegur membawa kebaikan jika ia dilihat dari sudut yang positif.
Terimalah teguran seseorang dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif.
Jangan sesekali melenting atau bermusuh dengan orang yang memberi teguran.
Jangan sesekali menganggap teguran tersebut adalah leteran atau kata yang sia-sia.
Tegur-menegur merupakan salah satu cara untuk memperbetulkan atau menyedari kesilapan diri.
Bersyukurlah kerana masih ada pihak yang mengambil berat akan diri kita.
Bersyukurlah kerana masih ada pihak yang mengambil berat akan diri kita.
Berterima kasih kepada sesiapa yang telah memberi teguran kepada kita.
Tegur-menegurlah ke arah kebaikan.
*Jika anda tidak selesa dengan cara teguran tersebut, sebaiknya anda berterus-terang kepada pihak tersebut agar tidak mewujudkan perselisihan faham.*
No comments:
Post a Comment