Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan










Mata kadang salah melihat....

Mulut kadang salah berucap....

Hati kadang salah menduga.....

Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


===== Mohon Maaf Zahir dan Batin =====




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL

Tuesday, July 26, 2011

Senjata seorang perempuan???



Kebanyakan lelaki mengatakan bahawa senjata utama perempuan ialah air mata. Saya akui bahawa kelemahan seorang lelaki adalah melihat seorang perempuan yang dicintai atau disayanginya menangis atau mengalirkan air mata. Namun, setakat manakah ketepatan kenyataan tersebut? Adakah air mata merupakan senjata utama seorang perempuan? Adakah seorang perempuan mengambil kesempatan atas kelemahan tersebut?

Hati seorang perempuan boleh diibaratkan seperti kaca yang mudah retak dimana ia sangat sensitif, mudah tersentuh, mudah tersinggung, dan mudah terluka walaupun dari segi luaran mereka kelihatan sangat tabah dan kuat. Kadang-kala, perempuan juga tidak ingin mengalirkan air mata di hadapan semua orang. Namun, mereka tidak cukup kuat untuk menahannya daripada mengalir. Mereka menangis bukan untuk meminta simpati mahupun untuk mengambil kesempatan daripada anda yang bergelar lelaki. Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa air mata merupakan senjata perempuan untuk melemahkan seorang lelaki. Hakikatnya, menangis atau mengalirkan air mata merupakan satu respon atau tindak balas yang mereka sendiri tidak jangkakan.

Jika anda sedari, perempuan lebih mudah untuk melupakan apa yang telah mereka alami jika dibandingkan dengan lelaki. Hal ini kerana seorang perempuan akan melepaskan segala masalah atau tekanan yang dihadapi oleh mereka dengan menangis. Setelah menangis sepuas hati, mereka akan berasa lebih tenang dan kemudian mencari jalan penyelesaian tanpa dikawal oleh emosi. Tidak salah jika anda yang bergelar seorang lelaki turut mencuba kaedah ini kerana ia sangat berkesan walaupun ia menjatuhkan ego atau maruah seorang lelaki bagi sesetengah pihak. Bagi saya pula, ia merupakan satu terapi yang berkesan ke atas diri kita.


FYI: Entry ini adalah berdasarkan pandangan atau pendapat sahaja..tak semua orang berpendapat sedemikian. ~P.E.A.C.E~

30 Fakta Mengenai Lelaki


1.Seorang lelaki mampu mengurat dengan pelbagai taktik. Namun, mereka biasanya gagap ketika berhadapan dengan seorang perempuan yang mereka benar-benar cinta.

2.Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

3.Anda tidak akan pernah memahami hati seorang lelaki kecuali anda mendengar luahan hatinya.

4.Lelaki boleh berbual tentang apa-apa topik.

5.Lelaki juga boleh menangis.

6.Jika seorang lelaki mencintai anda sepenuh hatinya, dia sentiasa bersabar dengan kerenah anda. Namun, jangan pula ambil kesempatan.

7.Kadang-kala, lelaki juga ingin dimanja. Jadi, jangan berasa hairan jika mereka juga minta dipujuk.

8.Seorang lelaki sanggup merendahkan ego mereka demi perempuan yang mereka cintai.

9.Lelaki cenderung lebih serius dalam perhubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 

10.Ketika seorang lelaki mengatakan dia tergila-gilakan seorang gadis, dia benar-benar maksudkannya.

11.Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia akan berusaha memberikan yang terbaik.

12.Jika seorang lelaki terlalu senyap, mulakan perbualan. Mungkin dia ada masalah.

13.Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini.

14.Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan hubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

15.Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

16.Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan terima segala kekurangan atau kelemahan diri anda.

17.Seorang lelaki sanggup berubah demi seorang perempuan yang mereka cintai jika mereka diberi peluang.

18.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.

19.Apabila lelaki bercakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 

20.Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak tenang tetapi masih memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasinya.

21.Lelaki sangat sayangkan ibu mereka.

22.Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan kerana dia tidak boleh membaca fikiran anda.

23.Jika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

24.Seorang lelaki dapat mengetahui apakah seseorang perempuan itu suka padanya tetapi tidak pernah yakin kecuali perempuan itu katakan sendiri kepadanya.

25.Lelaki sanggup melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian daripada perempuan yang mereka cintai.

26.Lelaki suka perempuan yang seperti ibunya. 

27.Lelaki suka perempuan yang prihatin terhadap mereka.

28.Lelaki mencintaimu lebih dari kamu mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungannya.

29.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.

30.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga bersedih, cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya.


Friday, July 22, 2011

Perbezaan antara lelaki dan wanita

Setelah menghilangkan diri dari alam blogger sekian lama (xde la lama sangat..tak sampai sebulan..hihih), saya ingin menulis entry yang berlainan sikit (sikit je…xbanyak beza pun. Ahakz). Entry kali ini hanyalah berkongsi pendapat mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita. Harus diingatkan bahawa ianya hanyalah pendapat saya sahaja dan jika ada penambahan, anda digalakkan untuk turut memberi pandangan anda (komen je kat bawah tu k..).



Pertama sekali, kita akan bandingkan berdasarkan fizikal. Perbezaan dari segi fizikal sangat ketara kerana kita boleh membuat pemerhatian dari luaran. Kulit lelaki adalah lebih kasar manakala kulit perempuan lebih halus. Perempuan juga memiliki suara yang lebih halus berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. Selain itu, lelaki juga memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Hal ini adalah kerana tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya turut berbeza. Wanita diciptakan dengan struktur tubuh sedemikian rupa bagi memudahkan mereka untuk melahirkan anak. Untuk pengetahuan umum, sistem badan lelaki dan wanita adalah tidak sama. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
Dari segi psikologi pula, wanita secara umumnya lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan yang melibatkan perasaan. Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala wanita menggunakan pengamatan yang lebih luas. Sebagai contoh, pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang fokus kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang meluas dan menampakkan banyak benda. Seperti sedia maklum, wanita sering ingin mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehinggalah perkara besar. Sementara lelaki hanya fokus kepada matlamat utama. Hal ini adalah kerana wanita sering memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.
Oleh itu, jangan terlalu menyalahkan wanita jika mereka suka membesarkan sesuatu isu. Lelaki seharusnya peka akan sesuatu perkara itu walaupun ia hanyalah perkara kecil bagi mereka. Pada pandangan saya, jika seseorang wanita itu merajuk atau terguris perasaan, janganlah lengah-lengahkan masa untuk menenangkan mereka kembali kerana cara pemikiran mereka berbeza dengan lelaki. Tidak salah jika lelaki ingin berikan ruang agar mereka boleh menenangkan diri. Namun, harus diingatkan agar tidak membiarkan mereka terlalu lama. Kadang-kala, wanita terlalu mengikut perasaan dan sanggup membuat sesuatu di luar jangkaan kita.
Kita harus akui bahawa lelaki dan wanita adalah BERBEZA walaupun mengikut peredaran masa. Namun, perbezaan tersebut bukanlah satu faktor untuk kita saling bermusuhan, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih-sayang.

*PERINGATAN:  Entry ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Sekadar untuk pengetahuan umum sahaja. Peace!!!

Tuesday, July 19, 2011

I'm back!!!


Yes, Saya dah kembali semula ke alam blogger.
Seriously, sebelum ni mmg tak ada rasa nak menulis da.
Tapi..dah lama2 rasa cam boring lak..
Setelah menyepi jap...teringin lak nak menulis semula.
Heeee...will update soon k.
Intro je ni.. Hahahah