Wednesday, January 26, 2011

Persoalan

Pernahkah anda amat berharap untuk MEMILIKI sesuatu? 

Apabila kita mahukan sesuatu, kita akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ataupun  memilikinya. Anda sanggup memberontak deminya.  Namun, pernahkah anda menyoal diri anda terlebih dahulu?

Apakah kepentingannya? 
Mengapa anda ingin memilikinya?
Apakah ia membawa perubahan kepada kehidupan anda?
Adakah perasaan kita terhadap sesuatu itu sentiasa sama tanpa mengira apa jua situasi? 

Sebagai contoh, kamu amat berharap untuk memiliki kasut yang telah kamu lihat di sebuah pasaraya dan kamu merasakan bahawa ia amat sesuai bagi kamu. Boleh dikatakan bahawa kamu  telah jatuh cinta terhadap kasut itu pada pandangan pertama. Sudah semestinya kita akan berasa sangat gembira apabila kita berjaya memiliki sesuatu yang kita inginkan. Namun, adakah perasaan itu akan kekal untuk selamanya? Selalunya, luaran kasut itu terlebih dahulu memikat hati anda.  Namun, setelah memakainya dalam jangka masa tertentu, anda telah mendapati bahawa ianya tidaklah seperti yang anda sangkakan. Lama-kelamaan, anda tetap akan mengetahui keburukan atau rahsia disebalik luarannya. Di sini, saya ingin menyoalkan semula mengenai isu  yang telah saya bincangkan tadi. Setelah anda mengetahui keburukan sesuatu benda itu, 

Adakah perasaan anda terhadap sesuatu benda itu masih sama seperti perasaan sebelumnya?
Adakah kita akan tetap menyayangi atau mencintainya?
Adakah anda boleh menerima kekurangannya itu?
Adakah anda masih mahu untuk memilikinya?
Adakah anda tetap akan menjaganya?
Fikir-fikirkanlah...

Persoalan penting :
Adakah perasaan kita sama seperti perasaan sebelum kita memilikinya tanpa mengira waktu sama ada semasa suka atau duka?

*Kadang-kala kita terlalu mengikut kata hati tanpa berfikir panjang di mana kita dipengaruhi kuat oleh perasaan kita sendiri. Kesimpulannya, wujudkan persoalan dalam diri kita*

2 comments:

  1. amboi! tu dia. mcm pensyarah :) bg nsht kt diri sndr ke ni? ;p

    ReplyDelete
  2. Ngukzzz...
    Eleh..yg rajin g bce tu nape ntah???
    Hahahhaha..
    P/S: Awak..."ustaz" tu kim calam :)

    ReplyDelete