Kebanyakan lelaki mengatakan bahawa senjata utama perempuan ialah air mata. Saya akui bahawa kelemahan seorang lelaki adalah melihat seorang perempuan yang dicintai atau disayanginya menangis atau mengalirkan air mata. Namun, setakat manakah ketepatan kenyataan tersebut? Adakah air mata merupakan senjata utama seorang perempuan? Adakah seorang perempuan mengambil kesempatan atas kelemahan tersebut?
Hati seorang perempuan boleh diibaratkan seperti kaca yang mudah retak dimana ia sangat sensitif, mudah tersentuh, mudah tersinggung, dan mudah terluka walaupun dari segi luaran mereka kelihatan sangat tabah dan kuat. Kadang-kala, perempuan juga tidak ingin mengalirkan air mata di hadapan semua orang. Namun, mereka tidak cukup kuat untuk menahannya daripada mengalir. Mereka menangis bukan untuk meminta simpati mahupun untuk mengambil kesempatan daripada anda yang bergelar lelaki. Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa air mata merupakan senjata perempuan untuk melemahkan seorang lelaki. Hakikatnya, menangis atau mengalirkan air mata merupakan satu respon atau tindak balas yang mereka sendiri tidak jangkakan.
Jika anda sedari, perempuan lebih mudah untuk melupakan apa yang telah mereka alami jika dibandingkan dengan lelaki. Hal ini kerana seorang perempuan akan melepaskan segala masalah atau tekanan yang dihadapi oleh mereka dengan menangis. Setelah menangis sepuas hati, mereka akan berasa lebih tenang dan kemudian mencari jalan penyelesaian tanpa dikawal oleh emosi. Tidak salah jika anda yang bergelar seorang lelaki turut mencuba kaedah ini kerana ia sangat berkesan walaupun ia menjatuhkan ego atau maruah seorang lelaki bagi sesetengah pihak. Bagi saya pula, ia merupakan satu terapi yang berkesan ke atas diri kita.
FYI: Entry ini adalah berdasarkan pandangan atau pendapat sahaja..tak semua orang berpendapat sedemikian. ~P.E.A.C.E~
nape set up new blog??
ReplyDeleteMane ade...still yg lama kot..juz tuka semua skali yg ada dlm ni..n cara penulisan dh lain kot..tamaw emo2 da.. Nmpak matang x weh?? Hohoho.. But entry yg lama2 still ada g.. Dia yg hilang..kata kat kita pulak.. :p
ReplyDelete