Monday, January 17, 2011

C.I.N.T.A


Apa itu CINTA?

Jika lapar, kita makan.
Jika mengantuk, kita tidur.
Tetapi apa pula alasan untuk kita jatuh CINTA?
Fikir-fikirkan lah…
Semua orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai CINTA. Pada pandangan saya pula, CINTA sangat sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Tiada kata yang boleh mendefinisikan pengertian CINTA yang sebenarnya. CINTA boleh membuatkan kita bahagia, merana, teruja, dan sebagainya. Ini adalah alasan yang tepat mengapa saya mengatakan bahawa CINTA adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Ia sangat rumit.
Sesetengah orang hanya tahu maksud CINTA apabila mereka sedang asyik berCINTA. Tetapi apabila ditanya soalan yang sama ketika mereka putus CINTA, lain pula jawapan yang kita perolehi. Ternyata CINTA itu berkait rapat dengan soal perasaan.
CINTA memerlukan komitmen daripada kedua-dua pihak. Kadang-kala setelah berpasangan selama beberapa waktu, barulah kita menyedari apakah definisi CINTA yang sebenarnya. CINTA wujud tanpa kita sedari. Namun, anda tetap akan menyedarinya suatu masa nanti apabila anda merasakan bahawa: 
* Anda tidak sanggup untuk kehilangannya,
* Anda menangis kerananya,
* Anda sangat menyayanginya,
* Anda sangat merinduinya,
* Anda asyik mengingati detik-detik bersamanya,
* Anda risau akan keadaan dirinya,
dan sebagainya (banyak lagi yang tidak dinyatakan di sini).
Kadang-kala, CINTA tidak semestinya memiliki. Jika kita betul-betul CINTA dan sayang kepada seseorang itu, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka selalu. Namun, bukan bermakna kita perlu korbankan diri kita untuk orang yang kita CINTA. Jangan pula salah faham dengan kenyataan tersebut. Di sini, saya maksudkan CINTA yang ikhlas dan luhur dari hati. CINTA tersebut akan sentiasa kekal di tempat yang telah dikhaskan.
Bagaimana pula jika kita jatuh CINTA untuk kali yang kedua? Bagaimana dengan CINTA yang sebelum itu? Adakah kedudukan CINTA sebelum itu akan digantikan dengan CINTA baru? Jawapannya TIDAK. Kedudukan CINTA itu tidak mungkin akan berubah walaupun ia ditelan dek waktu. Mungkin kita boleh menipu diri sendiri dengan mengatakan YA namun apa pula kata hati? Tidak mungin kita boleh melupakan CINTA lalu. Itulah yang dinamakan CINTA. Ia sangat sukar untuk ditafsirkan.

* P/S: Cintalah diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum cinta kepada orang lain.

3 comments: